Cikgu Farha In daHouse. Powered by Blogger.

Sling Bag

Salam Maghrib dari Sabah ;)

Rasa nak cita pasal sling bag. Dulu laa dulu hehe tak suka langsung jenis sling bag. Sebba bila silang tu kena kat dada. Terbelah dan terbentuk tang breast. Memang kalo boleh taknak pandang pong sepisis sling bag ni.

Tapi sekarang. Sling bag laa yg dicari 😅😅😅. Mahu tak nye. Kalo sangkut kat bahu ayu2, g keje atau melenggang sorang2 boleh la kan. Tp sejak2 ada ank ni ohoi...lagi laa kalo dah pakai carrier. Kalu sangkut kat bahu kompem2 jatuh lah.

Maka sling bag paling sesuai nak pakai. Tapi pandai2 lah cover hehe sebab memang kalo dah sling tu akan membelah dada. Aihhh sekarang dah mahir dah bab2 silang ni.

Ok. Bye.

6.56 pm


Ingatlah Wahai Suami

Pesanan ikhlas buat suami

Sekali kau melangkah keluar
Ada tak kau fikir apa akan berlaku
Apa akan terjadi kat bini kau?
Apa yang anak2 kau buat?
Sihat?
Demam?
Jatuh?
Nangis?

Ada tak kau terfikir?

Tolonglah.
Amik berat
Setiap kali kaki kau melangkah
Tolong rasa bersalah
Tak kesah la walaupon sejengkal
Inikan rentas lautan

Apa kau rasa?
Tanya khabar pon tidak
5hari kau keluar, sepatah mesej pon takde

Tak sudi ty khabar bini kau
Tanya khabar anak2 pon jadi lah

Kau tak pikit kan?

Yg bujang
Tolong ingat
Jangan sesekali kau suka2 nak tinggalkan bini kau bukan kerana hal penting
Tolong jgn buat
Sebab bini kau akan sakit
Faham tak?
Sakit tu yg mendalam boleh jd pendendam!


Jahatnya Hati

Salam...

Sepatutnya aku gembira tp taktahu kenapa aku makan dalam. Sakit sangat bila kena macam ni. Gasak la nak jadi. Biar lah orang nak kata aku jahat pon. Mampus aku tak peduli dah.

😠😠😠😠


Templete

Bila dijenguk2 templete ni. Insya Allah akan ditukar. No more gambar yang bukan2. No more widget2 yg bukan2.

Bakal diclearkan dari semasa ke semasa.

Tq.


Kembali

Assalamualaikum..

Saya kembali ke dunia blogging.
Sekadar mencoret apa yg rasa di hati.
Ini blog peribadi.
Coretan lebih kepada apa yg ada dalam hati.
Coretan lebih kepada membebel, mengomen, membalas dan luahan.
Coretan akan lebih santai dan ringkas.

Yang sudi baca Terima Kasih diucapkan.
Yang rasa bosan boleh unfollow k hehe

Ok sekian pembukaan.
_admin_


Kembali Ke Sekolah

Salam Subuh....

Ehh sini nak cerah dah pon. Sat lagi nak siap2 p skul. Maybe di semenanjung baru nak Subuh heee...
Ok dah mula sekolah. Maka mari hitung tiktok2 nak cuti Raya plak!

Setakat ni 5 bulan dah tak balik kg hohoii! Raya nanti genap 6 bulan. Rasa sangat lama. Hahhaa jgn korg nak banding apa2 k. Ni aku ckp pasal diri aku sendiri huh!

Ok lah...welcome back to school Farha! Ok takde mood! huh!

Blogroll